About

PADANG TERAP 20 Mei - Minat yang mendalam terhadap haiwan membuatkan seorang jurutera yang berasal dari Kampung Semeliang, Kuala Nerang di sini memberanikan diri untuk menternak rusa secara komersial walaupun pada awal, usahanya diragui dan dicemuh banyak pihak.
Kata-kata cemuhan seperti 'ada ke orang nak makan daging rusa', 'berapa lama nak bertahan' dan pelbagai lagi kata-kata negatif yang dilemparkan menjadi penguat semangat bagi membuktikan rusa juga boleh diternak secara komersial seperti lembu dan kambing.


Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/Utara/20130521/wu_05/Jurutera-jadi-penternak-rusa#ixzz3wiXRHLoD 
© Utusan Melayu (M) Bhd 



0 comments:

Post a Comment