Pengenalan
Semeliang Agro
Farm (SAF) terletak 40km daripada pusat bandar Alor Setar dan ditubuhkan
pada 07 Januari 2010 bagi menjalankan projek / aktiviti ternakan yang
menfokuskan kepada ternakan rusa jenis Timorensis.Sambutan yang
menggalakkan dari masyarakat luar telah memberi cetusan idea untuk
mengembangkan industri ternakan ini kepada agro pelancongan dan produk hiliran.
Produk yang berasaskan makanan turut diusahakan iaitu pekasam dan karipap
daging rusa. Produk kraftangan yang berasaskan tanduk rusa turut diusahakan
disini.
Kesinambungan daripada sambutan yang
mengalakkn tersebut telah tercetusnya idea untuk memperkenalkan Pusat Ternakan Rusa Kg. Semeliang sebagai salah satu
tarikan utama di daerah Padang Terap. Bilik penginapan yang selesa turut
disediakan di sini. Konsep percutian di dalam ladang serta suasana kampung
turut diperkenalkan. Wakaf kayu tradisional bukan sahaja menceriakan landskap
malah ia memberi ruang kepada pengunjung berehat sambil bersantai menikmati
udara yang nyaman. Landskap yang menarik dengan rusa yang jinak dan kicauan
burung menjadi tarikan utama disini. Ianya mampu memberi ketenangan dan terapi
minda kepada para pengunjung
0 comments:
Post a Comment